x
Get our mobile app
Fast & easy access to Pinjobs
Use App
Congratulations!
You just received a job recommendation!
check it out now
浏览工作
公司
校园招聘
政府工作
下载APP
Kerja Kosong
Kerajaan
政府职位
空缺
Jobs in 马来西亚   »   工作在 Kuala Lumpur   »   行政/文职 职位   »   PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 ,BAHAGIAN ADUAN DAN PEMANTAUAN (CMD)
 banner picture 1  banner picture 2  banner picture 3

PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 ,BAHAGIAN ADUAN DAN PEMANTAUAN (CMD)

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) company logo

JAWATAN : PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41

  • BAHAGIAN ADUAN DAN PEMANTAUAN (CMD)

TANGGA GAJI: RM2,422.00 dan elaun tambahan sebanyak RM900.00 sebulan

TARAF JAWATAN: Tetap (Tidak Berpencen)

BERTEMPAT: Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kekosongan Jawatan: 3 kekosongan

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
  • Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan aduan dan siasatan;
  • Mempunyai pengetahuan berkenaan instrumen dan triti hak asasi manusia antarabangsa;
  • Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan praktikal mengenai isu-isu hak asasi manusia;
  • Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan dan fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; dan
  • Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Tanggungjawab:

  • Menyelesaikan kes-kes pelanggaran hak asasi manusia yang diterima oleh SUHAKAM. Berdasarkan keperluan kes, pegawai akan mengambil tindakan susulan seperti berikut:
  • Mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkaitan mengenai aduan yang diterima;
  • Mengadakan mesyuarat, perbincangan dan lawatan tapak sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan.
  • Melawat tempat-tempat tahanan seperti penjara, depot tahanan imigresen, lokap polis, pusat pemulihan dadah, dan lain-lain serta menyediakan laporan termasuk syor-syor kepada kerajaan.
  • Melawat syarikat pembuatan, ladang pertanian dan lain-lain tempat untuk menyiasat dan memantau isu buruh paksaan serta menyediakan laporan termasuk syor-syor kepada agensi yang berkaitan.

Cara Memohon

 Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan dengan memberikan resume lengkap/ curriculum vitae, salinan sijil akademik, salinan Kad Pengenalan, sekurang-kurangnya satu (1) surat rujukan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak boleh dikembalikan) sebelum atau pada 22 Januari 2025 (Rabu) melalui emel: [email protected] atau hantar kepada alamat dibawah:

Setiausaha

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 

Tingkat 11, Menara TH Perdana,

1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.

Laman Web: www.suhakam.org.my

(U.P.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia Bahagian Sumber Manusia di talian 03-2612 5600/5607/5628.


工作地点
11th Floor, Menara TH Perdana, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
点击查看在谷歌地图上的位置

分享是关爱

认识其他对这份工作感兴趣的人吗?

对这份工作有疑问吗?
(0)
提问
欢迎来到 Pinjobs! 请保持你的问题礼貌且与主题相关。请参阅我们的 社区准则 获取更多信息。
取消
申请工作时请勿提供您的银行或信用卡详细信息。请勿转账任何款项或完成与工作无关的在线调查。